LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 9 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & MENENGAH (20 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika menggunakan laman web sosial (Facebook). Menasihati peserta supaya tidak menyalahgunakan facebook bagi tujuan membuli rakan lain dengan memasuki akaun si mangsa dengan cara menyamar sebagai beliau.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Buli Cyber (Hendap Akaun Facebook). Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan peserta lebih berhati-hati berkongsi maklumat supaya tidak menjadi mangsa buli siber di internet terutamanya di laman FB. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.