Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kampung Gedong serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti serta sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk Advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah anjuran PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Install Dashboard Mobile, Bengkel Penghasilan Video, Bengkel Asas ICT dan My Shop Click. Pelbagai pertandingan ICT seperti Pertandingan membuat video menarik di Gedong, Pertandingan Menaip Pantas, Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Jigsaw Puzzle Online, Pertandingan membuat Kad Publisher, Pertandingan Menulis Artikel dan Pertandingan Membuat Jadual menggunakan Microsoft Excel. Ceramah Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Gedong, Taklimat Zakat daripada Pihak Baitulmal Sarawak dan Ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA oleh Klinik Kesihatan Gedong & KOSPEN. Pendaftaran ahli secara PERCUMA juga diadakan sempena Hari Bersama PI Kampung Gedong pada 15 & 16 Ogos 2019.

 

GAMBAR DI SINI