TARIKH |
: 5 SEPTEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Multimedia dan cara menggunakan Video Editor. Pelajar mengenali dahulu komponen yang terdapat dalam video editor dan mempelajari cara memasukkan gambar, audio dan juga video. Mempelajari cara mencantum gambar dan muzik supaya menjadi sebuah video yang menarik. Peserta mempelajari cara mengambil gambar di internet serta mempelajari cara memindah lagu ke dalam video. Peserta turut mempelajari cara memasukkan teks ke dalam video.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Multimedia iaitu Video Editor. Peserta mempelajari asas pembikinan video dengan menggunakan video editor. Petugas memberi bimbingan kepada peserta dari mula sehingga video siap. Peserta mengikut setiap arahan yang diberikan oleh petugas.