LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 14 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PPKI/OKU (10 0RANG)

 

Tujuan

Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para peserta mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat sajak kemerdekaan mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. 

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat sajak mengikut sajak yang dipaparkan di skrin hadapan. Aktiviti sampingan iaitu memasukkan gambar ke dalam sajak kemerdekaan.

 

GAMBAR DI SINI