LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 22 SEPTEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 0RANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Buli Cyber). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya berhati-hati ketika melayari internet. Mengurangkan gejala buli yang kian berleluasa.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Buli Cyber). Peserta diberikan tips keselamatan menggunakan internet. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.