TARIKH |
: 25 SEPTEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang komponen yang terdapat di dalam komputer. Menguji kefahaman para peserta dalam menjawab kuiz pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Selain itu, meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menjawab soalan secara individu. Menguji pemahaman peserta dalam mengetahui asas Islam. Menguji ketangkasan peserta menjawab soalan mengikut masa yang diperuntukkan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan laman web pendidikan menjawab soalan kuiz interaktif islam. Petugas memberi bimbingan kepada peserta bagaimana menjawab soalan kuiz yang disediakan secara atas talian. Peserta mengikut setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta mula menjawab soalan kuiz secara individu.