TARIKH |
: 1 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PPKI/OKU GEDONG (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dipercayai dan pengguna hendaklah selidik terlebih dahulu orang yang meminta maklumat adakah betul dari pihak bank ataupun daripada sindiket penipuan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Scam. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Petugas menasihati peserta agar lebih berhati-hati dan memastikan maklumat peribadi adalah sulit. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.