TARIKH

: 2 OKTOBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA/DEWASA (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli barang online. Peserta juga dipandu cara menyelidik no penjual samaada no telefon tersebut sahih ataupun dari scammer. Ini dapat mengelak pengguna daripada terjebak dengan penipuan jual beli online di internet.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Penipuan Kewangan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan bijak dalam berbelanja secara atas talian. Peserta mempelajari cara menjadi pengguna yang bijak dengan adanya pengetahuan mengenai sindiket penipuan kewangan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI