TARIKH |
: 3 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA/DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet. Memberi bimbingan kepada peserta agar bekerjasama dalam mebanteras jenayah siber yang kian berleluasa. Memastikan anak-anak sentiasa dipantau ketika menggunakan media sosial seperti Facebook, Wechat, Whatsapp & Instagram.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Penipuan Kewangan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan sentiasa memerhati tingkah laku anak-anak dalam bersosial. Memastikan anak-anak tidak menggunakan gadget terlalu kerap bagi melindungi mereka daripada terdedah dengan radioaktif serta ketagihan internet. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.