TARIKH |
: 4 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG- 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH/SEK MENENGAH (18 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam pembelajaran sains dan teknologi. Menjadikan peserta mahir dalam menguasai kemahiran komputer.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Terokai Dunia ICT. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan berhemah. Peserta mempelajari tentang sains dan teknologi dimana ia dapat mempertingkatkan pengetahuan am para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.