TARIKH

: 5 OKTOBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG- 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH/SEK MENENGAH (20 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet. Menasihati para peserta supaya jangan menjadi pembuli dan mangsa buli siber. Memberi penerangan lebih terperinci kepada peserta tentang bahaya gejala buli dan kesannya kepada mangsa buli dan pembuli.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Terokai Dunia ICT. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan berhemah. Peserta mempelajari tentang cara menjadi seorang yang berdisiplin dan menghormati rakan yang lain seperti menjauhi gejala buli tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI