LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 7 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WANITA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diperkenalkan laman web sosial iaitu Facebook. Peserta mempelajari cara menggunakan facebook sebagai medium untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan lebih meluas. Perniagaan juga menjadi semakin maju dan banyak pelanggan baru yang menempah secara atas talian.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan asas media baru kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuka akaun Facebook oleh Petugas PI Gedong. Peserta mempelajari cara mempromosi produk di Facebook dan penjualan produk melalui Facebook.