Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui pengenalan web youtube kepada peserta. Peserta diuji kemahiran membuka laman web youtube. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan Multimedia para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan laman web youtube dan laman web yang sesuai bagi mendapatkan maklumat pendidikan. Peserta turut diajar cara untuk mencari image di laman web, dan cara menyimpan gambar daripada web. Seterusnya peserta membuat latihan melakukan pencarian video di youtube mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi bersekolah.

 

GAMBAR DI SINI