LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: 16 OKTOBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TABIKA (10 ORANG)

 

Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Gedong sedia ada. 

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PI Kampung Gedong. Seterusnya peserta mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web mewarna yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika. Di samping itu, Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.

 

GAMBAR DI SINI