LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 2 DISEMBER 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menambah pengetahuan keusahawanan dan Celik ICT para peserta. Meningkatkan kemahiran menaip dan penggunaan papan kekunci. Peserta menjadi lebih pandai dan bijak menggunakan komputer.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi Microsoft Office dan diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan. Peserta membuat kerja mengikut modul pembelajaran yang disediakan. Meningkatkan kemahiran komputer dan mengisi masa lapang para peserta dengan perkara yang berfaedah. Menambah ilmu pengetahuan ICT peserta.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan CANVA. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan CANVA serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan CANVA mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan CANVA. Peserta membuat Resume mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 5 NOVEMBER 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 3.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PEDi Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Gedong sedia ada.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PEDi Kampung Gedong. Seterusnya peserta mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web mewarna yang sesuai mengikut kategori peserta. Di samping itu, Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WANITA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Aktiviti sampingan iaitu mempelajari tentang Gambar iaitu cara memasukkan imej ke dalam dokumen.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2022 |
MASA |
: 9.30 - 10.30 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PEDi Gedong.