LAPORAN MEI

TARIKH

: 6,10,17,24 MEI 2022

MASA

: 2 PETANG - 4 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Mengajar peserta MS Word, fungsi dan kegunaannya. Mengajar pelajar kepentingan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Menggalakkan komuniti mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak PEDi. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong. Mendedahkan komuniti tentang program dan kelas yang disediakan di PEDi Kampung Gedong. Melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan usahawan yang berjaya.

 

Aktiviti

1) Bengkel Asas ICT : Microsoft Word (Menaip Artikel Kebaikan Internet kepada masyarakat)

Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer. Mengenali komponen komputer dan mencari maklumat tentang perisian komputer. Menaip menggunakan MS Word. Menyimpan dan memasukkan dokumen ke dalam fail.

2) Microsoft Office Word: Smart Art (Membuat Carta dan memasukkan gambar ke dalam carta)

Peserta diperkenalkan dengan Smart Art. Mempelajari fungsi dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Mempelajari cara menggunakan perisisan tersebut. Membuat carta mengikut modul yang disediakan petugas.

3) Bengkel Asas ICT : E-Pembelajaran (Coloring)

Peserta diperkenalkan dengan laman web mewarna. Mempelajari fungsi dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Mempelajari cara menggunakan perisisan tersebut. Mewarna secara individu mengikut kreativiti para peserta.

4) E-Learning: Quizzes Online

Peserta diterangkan laman web online. Mempelajari cara menjawab soalan secara atas talian. Sesi soal jawab dengan petugas.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN MEI

TARIKH

: 9,10,11,12,13,14,20.21 MEI 2022

MASA

: 2 PETANG - 4 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

LAPORAN APRIL

TARIKH

: 16 APRIL 2022

MASA

: 2.00 - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PEDi Gedong.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN APRIL

 

TARIKH

: 17 APRIL 2022

MASA

: 3.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

 

Tujuan

 

Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menaip pantas secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menaip mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PEDi yang bakal diadakan kepada peserta. 

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web menaip pantas menggunakan link yang disediakan oleh petugas.  Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta memulakan latihan menaip mengikut arahan daripada petugas.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 7 & 8 APRIL 2022

MASA

: 9.30 - 10.30 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

 

Tujuan

 

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan web youtube sebagai sumber rujukan dan pembelajaran. Mempelajari cara membuka laman web youtube dan membuat pencarian video. Peserta mempelajari tentang pembelajaran iqra; dan mengenali huruf jawi. Selain itu, peserta melihat tayangan video yang disediakan oleh petugas.

 

Aktiviti

 

Peserta dipandu cara membuka laman web youtube dan dipandu cara menggunakan laman web youtube, peserta mengikut arahan yang diberikan oleh petugas dari semasa ke semasa. Peserta mempelajari laman web baru youtube. Aktiviti ini turut dibantu dan dibimbing oleg guru dan pembantu dari KEMAS Lalang Gedong. 

 

GAMBAR DI SINI