LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 11 JANUARI 2022 |
MASA |
: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Memperkenalkan laman web Canva bagi kegunaan para peserta membuat logo dengan lebih mudah. Menerangkan asas serta fungsi CANVA dan cara penggunaan aplikasi tersebut. Peserta bebas memilih design yang mereka minat kerana banyak design menarik yang sudah tersedia di dalam aplikasi tersebut.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Canva. Pelbagai design yang menarik boleh dipilih oleh para peserta. Peserta menghasilkan logo mengikut kreativiti masing-masing. Mengajar pelajar kepentingan komputer dan meningkatkan kreativiti para peserta. Menggalakkan komuniti mengikuti aktiviti yang diadakan oleh pihak PEDi. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 5 JANUARI 2022 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (12 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara menggunakan software yang tersedia. Para peserta mempelajari cara menggunakan software Microsoft Word. Peserta mempelajari asas menggunakan software publisher. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Mengajar peserta asas menaip guna Ms Word. Mengajar peserta asas publisher dan membuat calendar awal tahun 2022. Mengajar menukar design, tulisan serta memasukkan gambar ke dalam calendar. Mempelajari cara membuat kalendar yang menarik mengikut kreativiti peserta masing-masing.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 3 JANUARI 2022 |
MASA |
: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer, mengetahui cara penjagaan computer yang betul dan menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Para peserta mempelajari cara menggunakan software Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menyimpan gambar dan memasukkan gambar ke dalam dokumen.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar cara membuat underline, bold, allignment, menyimpan maklumat dan gambar serta menukar tulisan. Peserta mengikuti modul yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan di akhir bengkel.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 6 JANUARI 2022 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari cara membuat promosi produk serta membuat iklan produk yang lebih menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer. Menerangkan tentang fungsi komputer. Peserta diterangkan asas keusahawanan. Mempelajari cara membuang latar belakang imej. Mempelajari suntingan imej produk. Peserta mempelajari cara membuat editing imej produk menggunakan web dan juga smartphone.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 24 DISEMBER 2021 |
MASA |
: 2 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (6 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari cara membuat label perniagaan sendiri dengan pelbagai design yang tersedia di CANVA bagi memudahkan peserta membuat label.
Aktiviti
Para peserta dipandu cara oleh petugas PEDi Gedong dengan menyediakan modul untuk pembelajaran CANVA. Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas keusahawanan dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan CANVA. Modul dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut berlangsung di PEDi Gedong