LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 21 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (1 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PIK yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menghasilkan pelan bulanan yang menarik. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan pelan bulanan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas tentang pembelajaran yang akan diadakan. Petugas mengajar peserta tentang Microsoft Word. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan para peserta. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PIK Gedong. Peserta dapat meningkatkan pemikiran positif tentang internet yang dapat digunakan sebagai medium pembelajaran.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 21 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (1 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara membuat kalendar menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, menukar design table serta menambah table. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 8 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG - 3.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR RENDAH (1 ORANG) |
Tujuan
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom.
Aktiviti
Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru, cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. Sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 16 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR RENDAH/MENENGAH (2 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam pelajaran. Peserta dapat menguasai subjek yang ketinggalan di sekolah. Melalui medium pembelajaran secara online dapat membantu peserta lebih cepat faham dan meningkatkan kesedaran kepada peserta pentingnya belajar walaupun dengan keadaan pendemik sekarang yang menyebabkan mereka tidak dapat ke sekolah. Pembelajaran secara online lebih efisyen dan dapat menarik minat para peserta.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 7 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA (1 ORANG) |
Tujuan
Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point khususnya para pelajar. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci. Mempelajari cara memasukkan gambar dan suntingan gambar.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat slaid pembentangan. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid supaya nampak lebih menarik.