LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: 5 OKTOBER 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA (1 ORANG)

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mengenali dunia usahawan dimana pelbagai cabaran dan pentingnya ilmu pengetahuan dalam keusahawanan sebelum memulakan sesuatu bisnes. Mempelajari cara membina laman web perniagaan menggunakan web tertentu.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pengenalan tentang keusahawanan dengan menggunakan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas. Peserta mempelajari ilmu secara bersemuka dengan petugas mengikut SOP yang ditetapkan. Kelas ini bertujuan memperkenalkan laman web eCommerce dan cara menjual atau membeli produk secara atas talian. Menambah pengetahuan ICT para peserta dan kemahiran keusahawanan. Meningkatkan pendapatan peserta serta mnempromosi produk peserta secara meluas.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: 1-31 OKTOBER 2021

MASA

: 9.30 PAGI - 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

PELAJAR RENDAH/MENENGAH (4 ORANG)

 

Tujuan

Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru, cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. Sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 18 SEPTEMBER 2021

MASA

: 10 PAGI - 12 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA DAN DEWASA (4 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table  serta menambah table. Pelajar mempelajari cara mengenali cell mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Latihan diberikan menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran excel.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel sekaligus menjadi mahir menggunakan aplikasi tersebut.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 1-30 SEPTEMBER 2021

MASA

: 9.30 PAGI - 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

PELAJAR RENDAH/MENENGAH (4 ORANG)

 

Tujuan

Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru, cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. Sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 11 SEPTEMBER 2021

MASA

: 10 PAGI - 12 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA DAN DEWASA (4 ORANG)

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para peserta menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara praktikal, para peserta diajar cara-cara membuat slaid pembentangan. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid. 

 

GAMBAR DI SINI