LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 4 SEPTEMBER 2021

MASA

: 10 PAGI - 12 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA DAN DEWASA (4 ORANG)

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan pelbagai taktik pemasaran di Shopee. Mempelajari cara menambah pendapatan di Shopee. Peserta dapat mempelajari cara mencipta logo perniagaan mereka sendiri.

Aktiviti

Para peserta mempelajari secara ZOOM dimana terdapat kekangan COVID-19 yang tidak membolehkan untuk bersua muka tetapi itu tidak menjadi halangan kepada para peserta untuk mempelajari ilmu secara atas talian. Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas keusahawanan dan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut berlangsung.

GAMBAR DI SINI

LAPORAN OGOS

TARIKH

: 6 OGOS 2021

MASA

: 10 PAGI – 12.30 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA (2 ORANG)

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah agar para peserta PIK Kampung Gedong memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Kelas ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PIK dengan petugas PIK Kg Gedong. Memperkenalkan laman web perniagaan sebagai sumber rujukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Mempelajari cara menggunakan laman web shopee sebagai sasaran untuk menjana pendapatan. Menarik minat para belia berkunjung ke PIK Kampung Gedong.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan oleh petugas PIK berkenaan Shopee melalui slaid pembentangan dan juga tayangan video. Seterusnya, petugas membuat sesi soal jawab dengan para peserta. Laman web yang sesuai untuk para peserta mengembangkan perniagaan adalah Shopee. Para peserta mempelajari keusahawanan daripada petugas sekaligus mempelajari cara mempromosikan produk secara atas talian. Peserta juga diajar cara upload produk secara atas talian.

GAMBAR DI SINI

LAPORAN OGOS

TARIKH

: 8 OGOS 2021

MASA

: 9 PAGI – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (1 ORANG)

Tujuan

Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru, cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. Sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom. 

GAMBAR DI SINI

LAPORAN OGOS

TARIKH

: 15 OGOS 2021

LAPORAN JULAI

TARIKH

: 24 JULAI 2021

MASA

: 9 PAGI – 11 PAGI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: DEWASA (1 ORANG)

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan belajar cara menggunakan akaun Shopee tersebut.

Aktiviti

Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Peserta dipandu cara menggunakan Shopee mengikut video yang ditunjukkan oleh petugas dan peserta diminta membuka akaun shopee secara individu. Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

GAMBAR DI SINI