LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 8 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Peserta menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PIK Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak. Peserta diajar bagaimana membuka laman web Interland: Tower of Treasure. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas sebelum memulakan permainan tersebut. Permainan ICT tersebut menguji kemahiran berfikir para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 7 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara membuat senarai nama peserta menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table serta menambah table. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 5 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari asas penggunaan komputer. Mempelajari cara membuat carta menggunakan software yang tersedia di pc. Meningkatkan pengetahuan asas multimedia dan Microsoft Office Word para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta. Menarik minat peserta berkunjung ke PI Kampung Gedong bagi menambah pengetahuan ICT. Mempelajari Smart Art dan membuat grafik.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Microsoft Office Word dan cara menggunakan SmartArt. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji membuat carta menggunakan modul yang disediakan oleh petugas PI Kampung Gedong. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 6 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan ICT terutamanya dalam mewarna online. Kelas ini diadakan bagi tujuan menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PIK Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan. Mempromosikan PIK Gedong serta meningkatkan keahlian yang sedia ada di PIK Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online. Selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat peserta mengikuti aktiviti yang diadakan di PIK Gedong. Peserta juga diperkenalkan dengan laman web coloring yang sesuai mengikut umur para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 4 APRIL 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong.