LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 3 APRIL 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutama dalam menggunakan aplikasi paint. Melukis dan mewarna gambar menggunakan aplikasi paint. Peserta menjadi minat untuk berkunjung ke PIK Gedong kerana pelbagai aktiviti yang menarik diadakan di sini.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Paint.Peserta diuji secara individu kemahiran welukis dan mewarna. Peserta diberikan modul dan dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan kepada para peserta.
LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 1 APRIL 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menambah pengetahuan keusahawanan dan Celik ICT para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi Microsoft Office dan diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan. Peserta membuat kerja mengikut modul pembelajaran yang disediakan. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 19 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memperkenalkan Dashboard Komuniti (DK) serta menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan dashboard komuniti. Memperkenalkan Dashboard My Komuniti dan My Soal kepada para peserta. Peserta mempelajari cara membuat aduan dalam My Soal dan membuat pengumuman dalam Dashboard My Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti dan juga My Soal. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta mempelajari cara membuat aduan atau sebarang cadangan kepada PBT. Peserta dapat berinteraksi dengan komuniti yang lain dengan menggunakan aplikasi Dashboard My Komuniti dan menyuarakan sebarang permasalahan yang terdapat di kampung mereka kepada pihak PBT.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 20 MAC 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas multimedia dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik. Mempelajari cara menyimpan dan mengedit gambar yang dipilih sendiri oleh para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PIK Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PIK pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia. Peserta membuat carian gambar menggunakan Google Search dan klik Images.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 17 MAC 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang laman web untuk pembelajaran dan permainan pendidikan secara atas talian. Peserta mempelajari cara menggunakan laman web crossword puzzle dan diberikan latihan untuk menjawab teka silang kata secara individu. Menguji kemahiran berfikir dan pengetahuan am peserta berdasarkan soalan yang diberikan. Peserta dapat memilih teka silang kata yang mudah sehingga yang paling sukar untuk diselesaikan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang Teka Silang Kata IT dimana peserta akan diuji minda mereka untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta akan diuji menyelesaikan puzzle mengikut tahap kesukaran masing-masing. Petugas menunjukkan contoh permainan puzzle sebelum peserta bermain permainan crossword puzzle. Sesiapa peserta yang dapat menjawab dengan cepat akan mendapat hadiah. Permainan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta.