LAPORAN MAC
TARIKH |
: 9 MAC 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table serta menambah table. Pelajar mempelajari cara mengenali cell mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Latihan diberikan menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran excel.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel sekaligus menjadi mahir menggunakan aplikasi tersebut.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 8 MAC 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PIK yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menghasilkan carta organisasi yang menarik. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan carta organisasi yang menarik.
Aktiviti
Peserta membuka Microsoft Word dan petugas mengarahkan peserta membina rajah menerusi arahan Insert(SmartArt) dan memilih Hierarchy(Organization Chart). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape, SmartArt Styles, dan menukar warna kotak tersebut(Change Colors). Peserta juga menukar font menggunakan Word Art bagi tajuk utama supaya nampak lebih cantik.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 4 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Peserta dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah di PIK Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka laman web berkenaan 'netiquette' di youtube. Petugas menyediakan slaid KDB berkenaan etika penggunaan internet. Peserta mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Sesi soal jawab antara petugas turut diadakan. Peserta diminta memberi penerangan secara individu tentang pembelajaran berkenaan 'netiquette'. Peserta menonton video berkenaan KDB "netiquette".
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 7 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Scam). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya memeriksa latar belakang penjual sebelum membeli sesuatu produk dan berwaspada ketika membeli barangan secara atas talian.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Scam). Peserta dipandu cara membezakan mana satu produk original atau tiruan. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan di internet kerana banyak penipuan berlaku "Scammer". Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 2 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Peserta diperkenalkan dengan Klik dengan Bijak dimana peserta dapat mempelajari tentang keselamatan penggunaan internet serta cara menggunakan internet secara bijak. Peserta juga mempelajari cara mengelak terjebak dalam jenayah siber dimana banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat setempat. Advokasi KDB adalah salah satu cara membanteras perkara yang tidak diingini berlaku di dalam dunia siber seperti kena tipu, kena buli dan banyak lagi.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari Klik Dengan Bijak. Tambahan pula, ia adalah inisiatif SKMM dalam melahirkan kalangan masyarakat yang bijak IT dan boleh membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara melayari laman web yang betul seperti Klik Dengan Bijak dan menonton video KDB di aplikasi youtube.