LAPORAN MAC 

 

TARIKH

: 5 MAC 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (5 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi mewarna secara atas talian. Menguji pengetahuan dan ketangkasan peserta menjawab soalan secara individu. Menguji kefahaman para peserta tentang pembelajaran Matematik dan kira-kira. Memupuk minat para peserta berkunjung ke PIK Gedong dengan adanya aktiviti menarik seperti Kuiz Matematik Online.

 

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan tentang cara bermain permainan kuiz Matematik. Peserta diberikan masa tertentu untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Peserta perlu menjawab soalan dengan cepat dan diuji kemahiran kira-kira. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab dengan tepat dan cepat akan diberikan hadiah oleh pihak PIK Gedong.

 

 GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN FEBRUARI

 

TARIKH

: 23 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (7 ORANG)

  

 

Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke Pusat Internet Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan para peserta. Peserta bermain jigsaw puzzle mengikut masa yang ditetapkan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN FEBRUARI 

 

TARIKH

: 19 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang Dashboard Komuniti (DK) dan menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara membuat pengumuman ke dalam Dashboard Komuniti. Mempelajari cara memasukkan gambar dan video ke dalam My Komuniti. Menarik minat peserta menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Menarik minat peserta mengikut aktiviti yang dianjurkan di PIK Gedong.

 

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diarah membuat posting pengumuman ke dalam My Komuniti secara individu. Peserta menggunakan dashboard My Komuniti bagi tujuan berinteraksi bersama ahli PIK yang lain sekaligus mempelajari cara membuat iklan dan pemberitahuan penting kepada komuniti.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 20 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer. Peserta dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PIK Gedong. Peserta dapat meningkatkan pemikiran positif tentang internet yang dapat digunakan sebagai medium pembelajaran.

 

GAMBAR DI SINI