LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 5 FEBRUARI 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Memperkenalkan laman web Microsoft Word kepada para peserta. Mempelajari cara menggunakan papan kekunci. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Mempelajari cara menukar tulisan, mengubah saiz tulisan, dan membuat alignment.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Word. Petugas memberikan penerangan tentang Microsoft Word dan memberi arahan kepada peserta untuk menaip artikel yang telah disediakan. Petugas turut membantu peserta menaip teks mengikut format yang betul dan sesi soal jawab turut berlangsung.
LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 1 FEBRUARI 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat peserta pergi ke PIK Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Online Grooming. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan perkara yang berfaedah seperti tujuan pembelajaran. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 24 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Menambah keahlian PIK Kampung Gedong sedia ada.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka laman web berkenaan klik dengan bijak. Petugas menyediakan slaid KDB berkenaan manfaat menggunakan media sosial secara berhemah. Peserta mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Sesi soal jawab antara petugas turut diadakan. Peserta diminta memberi penerangan secara individu tentang apa yang mereka faham dalam kelas yang telah diadakan.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 25 JANUARI 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI – 10.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (5 ORANG) |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet melalui permainan berkaitan KDB dan kuiz ringkas yang dijalankan oleh petugas. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB). Petugas membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendedahkan pelajar mengenai hak dan tanggungjawab ketika melayari internet. Memberi tips berkomunikasi di internet dan bagaimana cara melindungi maklumat peribadi supaya tidak terdedah kepada bahaya di luar sana.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 24 JANUARI 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (7 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PIK Gedong.