LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 12 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir peserta sekaligus menguji bagaimana peserta dapat menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong. Aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk berkunjung ke PI Gedong.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 10 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Menguji pengetahuan am para peserta serta ketangkasan peserta menjawab soalan yang diberikan mengikut masa yang diberikan contohnya menjawab satu soalan dalam masa 10 saat sahaja. Peserta yang paling cepat menjawab dengan betul akan mendapat tempat pertama.
Aktiviti
Petugas menyediakan soalan kuiz kahoot secara online kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kahoot. Seterusnya, petugas akan memberikan number code untuk para peserta akses soalan kahoot. Peserta memulakan kuiz apabila semua sudah log masuk.
TARIKH |
: 5 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan iaitu Microsoft Office Word. Peserta mempelajari cara membuat carta organisasi menggunakan SmartArt yang terdapat dalam MS Word. Peserta mempelajari cara memasukkan teks dan membuat underline bagi tajuk utama carta organisasi.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara menggunakan komputer. Peserta mempelajari cara membuka Microsoft Office Word. Seterusnya, peserta mendengar setiap arahan yang diberikan petugas seperti insert SmartArt memilih "hierarchy". Peserta boleh memilih pelbagai design yang terdapat dalam template tersebut untuk mencantikkan lagi carta organisasi yang dibuat.
TARIKH |
: 5 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari multimedia dimana para peserta mempelajari cara mengambil gambar menggunakan camera pc. Gambar yang diambil kemudiannya, dimasukkan ke dalam folder. Seterusnya, peserta mempelajari cara memasukkan gambar ke dalam carta organisasi. Peserta belajar cara mengedit gambar mengikut saiz yang sesuai.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara menggunakan komputer. Peserta mengikut arahan petugas mengambil gambar terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam carta organisasi yang telah dibuat. Peserta mengikut langkah demi langkah cara memasukkan gambar dan membuat suntingan gambar tersebut. Peserta belajar crop, resize dan edit warna gambar supaya tampak lebih menarik dan contrast.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 4 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (9 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Internet. Mempromosikan Pusat Internet Gedong kepada para peserta. Meningkatkan kemahiran KBKK para peserta dalam menjawab soalan interaktif Islam secara atas talian. Menambah pengetahuan peserta dalam Pendidikan Islam.
Aktiviti
Para peserta mendengar arahan daripada petugas untuk membuka laman web kuiz interaktif islam secara online. Peserta mengikut arahan yang diberikan oleh Petugas PI Kg Gedong. Seterusnya, peserta menjawab soalan kuiz mengikut masa yang telah ditetapkan. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas.