Tujuan

 

Memperkenalkan Pusat Internet serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk menjana pendapatan melalui Youtube. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan. 

 

Aktiviti

 

Pengenalan PI Kg Gedong serta perkhidmatan yang disediakan PI Kg Gedong kepada para peserta. Jemputan Youtuber terkenal iaitu Cardock yang memberikan tips dan cara menjana pendapatan melalui kaedah online iaitu membuat akaun youtube. Cardock mengajar peserta mempromosi video dan memperoleh subscriber yang banyak supaya dapat memperoleh duit melalui youtube. Pada hari ke-2 pula, En Khalik memberi tunjuk ajar bagaimana menjana pendapatan melalui FB Page kepada para peserta. Pelbagai tips dan info diberikan kepada peserta. Menjana pendapatan dengan cara menggunakan aplikasi youtube dan facebook.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kampung Gedong serta Kampung yang berdekatan iaitu Sebemban. Selain itu, memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk Advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga mengikuti program kesihatan yang dianjurkan oleh PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan. Membantu komuniti yang ingin bertanya berkenaan MYTV dan dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Install Dashboard Mobile, Ceramah Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Gedong, Sukaneka, Mari Berzumba, Seribu Langkah Bersama PI Gedong, Berus Gigi Senyum Menawan, Bengkel Asas ICT (Paint), Bengkel Power Point, Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Jigsaw Puzzle Online Dewasa, Pertandingan menaip artikel dashboard dan Bengkel ICT (Membuat Poster Amalkan Gaya Hidup Sihat menggunakan Ms Publisher). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA oleh Klinik Kesihatan Gedong serta Ceramah Kesihatan oleh Dr. Sharifah Munawwirah. Pemeriksaan Gigi PERCUMA oleh Klinik Pergigian Hospital Simunjan. Program ini dirasmikan oleh En. Ahim Gadoh ak Anchi. Cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang datang.

 

GAMBAR DI SINI


 

TARIKH

: 17 NOVEMBER 2019

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: WANITA (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam bidang keusahawanan. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diperkenalkan laman web perniagaan secara atas talian seperti shopee, mudah.my, lazaada, dashboard my shop, dan facebook. Mempelajari cara menjana pendapatan dengan menggunakan media sosial dan mengembangkan perniagaan lebih meluas. Perniagaan juga menjadi semakin maju dan mempelajari ilmu solekan secara percuma bersama Mary Kay.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan kemahiran asas solekan kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara pengiklanan produk secara atas talian bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Program dijalankan bersama Pn Katina daripada Mary Kay.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat peserta pergi ke PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Online Grooming. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan perkara yang berfaedah seperti tujuan pembelajaran.  Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 16 NOVEMBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Internet. Mempromosikan Pusat Internet Gedong kepada para peserta. Menambah keahlian Pusat Internet Gedong. Meningkatkan kemahiran berfikir para peserta serta meningkatkan pengetahuan KBKK para peserta. Menguji kecekapan para peserta menjawab soalan kuiz secara individu.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet Gedong pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan web online quiz iaitu kahoot dimana para peserta diminta menjawab soalan secara atas talian. Soalan kuiz disediakan oleh Petugas PI Gedong.

 

GAMBAR DI SINI