LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 15 NOVEMBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 0RANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Risiko Jual Beli Talian). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya memeriksa latar belakang penjual sebelum membeli sesuatu produk dan berwaspada ketika membeli barangan secara atas talian.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Risiko Jual Beli Talian). Peserta dipandu cara membezakan mana satu produk original atau tiruan. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan di internet kerana banyak penipuan berlaku "Scammer". Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 14 NOVEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA/DEWASA (5 0RANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Aspirasi Digital). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya berhati-hati ketika melayari internet.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Aspirasi Digital). Peserta diberikan tips keselamatan menggunakan internet. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas multimedia dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN NOVEMBER

TARIKH

: 13 NOVEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA/DEWASA (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat. Peserta dewasa mempelajari sesuatu yang baru iaitu bermain permainan puzzle secara online.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong. Menarik minat peserta untuk berkunjung ke PI Gedong.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 10 NOVEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEKOLAH RENDAH & MENENGAH (13 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diberi penerangan tentang cara menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, petugas memperkenalkan media sosial yang dapat dijadikan sebagai medium perniagaan untuk menjana pendapatan. Peserta diperkenalkan dengan Facebook, Whatsapp, Instagram dan juga shopee.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan asas media baru kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuka komputer dan mendengar penerangan daripada petugas tentang asas keusahawanan. 

 

GAMBAR DI SINI