LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: 13 OKTOBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEKOLAH MENENGAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang media sosial iaitu Facebook serta diterangkan tentang fungsi Facebook. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan Facebook serta mempelajari cara membuka akaun Facebook. Peserta mempelajari cara menggunakan facebook sebagai medium untuk berkongsi maklumat pembelajaran.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan asas media baru kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuka akaun Facebook oleh Petugas PI Gedong. Peserta mempelajari cara menetapkan privasi keselamatan akaun FB.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui pengenalan web youtube kepada peserta. Peserta diuji kemahiran membuka laman web youtube. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan Multimedia para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan laman web youtube dan laman web yang sesuai bagi mendapatkan maklumat pendidikan. Peserta turut diajar cara untuk mencari image di laman web, dan cara menyimpan gambar daripada web. Seterusnya peserta membuat latihan melakukan pencarian video di youtube mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi bersekolah.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Word. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan. Pelajar turut mempelajari cara membuat underline/garisan pada perkataan. Menjadikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Word. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Word. Peserta membuat latihan yang diberikan dengan menggunakan modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas PI Gedong. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. Peserta mempelajari cara membuat suntingan gambar di dalam internet untuk dimasukkan ke dalam Word. 

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.

 

GAMBAR DI SINI