TARIKH

: 2 OKTOBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA/DEWASA (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli barang online. Peserta juga dipandu cara menyelidik no penjual samaada no telefon tersebut sahih ataupun dari scammer. Ini dapat mengelak pengguna daripada terjebak dengan penipuan jual beli online di internet.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Penipuan Kewangan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan bijak dalam berbelanja secara atas talian. Peserta mempelajari cara menjadi pengguna yang bijak dengan adanya pengetahuan mengenai sindiket penipuan kewangan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 1 OKTOBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PPKI/OKU GEDONG (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dipercayai dan pengguna hendaklah selidik terlebih dahulu orang yang meminta maklumat adakah betul dari pihak bank ataupun daripada sindiket penipuan.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Scam. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Petugas menasihati peserta agar lebih berhati-hati dan memastikan maklumat peribadi adalah sulit. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

TARIKH

: 25 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEK RENDAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang komponen yang terdapat di dalam komputer. Menguji kefahaman para peserta dalam menjawab kuiz pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Selain itu, meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menjawab soalan secara individu. Menguji pemahaman peserta dalam mengetahui asas Islam. Menguji ketangkasan peserta menjawab soalan mengikut masa yang diperuntukkan. 

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan laman web pendidikan menjawab soalan kuiz interaktif islam. Petugas memberi bimbingan kepada peserta bagaimana menjawab soalan kuiz yang disediakan secara atas talian. Peserta mengikut setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta mula menjawab soalan kuiz secara individu.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 26 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TABIKA (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan ICT terutamanya dalam mewarna online. Kelas ini diadakan bagi tujuan menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PI Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan. Mempromosikan PI Gedong serta meningkatkan keahlian yang sedia ada di PI Gedong.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online. Selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat peserta mengikuti aktiviti yang diadakan di PI Gedong. Peserta juga diperkenalkan dengan laman web coloring yang sesuai mengikut umur para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 24 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: DEWASA (9 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara membuat aduan/cadangan kepada phak PBT serta diperkenalkan My Place. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal & My Place dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Gedong supaya mereka lebih cepat faham. Menguji kemahiran berfikir para peserta dengan cara menjawab kuiz ICT secara online.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara memasukkan tempat menarik ke dalam My Place serta membuat My Soal mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Para peserta dapat menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak PBT.

 

GAMBAR DI SINI