LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 8 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: DEWASA (7 0RANG)

 

Tujuan

Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. Peserta mempelajari cara membuat suntingan gambar di dalam internet untuk dimasukkan ke dalam Word. Mengetahui cara mengedit gambar dan mencantikkan lagi gambar supaya resume nampak lebih menarik.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Resume mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Aktiviti sampingan iaitu mempelajari tentang Gambar iaitu cara membuat suntingan imej. Gambar yang diambil dimasukkan ke dalam Resume. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 7 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PPKI/OKU (10 0RANG)

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat sijil penghargaan dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam sijil penghargaan. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat sijil. Peserta turut sama membuat sijil mengikut kreativiti masing-masing. Petugas mengajar peserta membuat sijil menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 5 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Multimedia dan cara menggunakan Video Editor. Pelajar mengenali dahulu komponen yang terdapat dalam video editor dan mempelajari cara memasukkan gambar, audio dan juga video. Mempelajari cara mencantum gambar dan muzik supaya menjadi sebuah video yang menarik. Peserta mempelajari cara mengambil gambar di internet serta mempelajari cara memindah lagu ke dalam video. Peserta turut mempelajari cara memasukkan teks ke dalam video.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Multimedia iaitu Video Editor. Peserta mempelajari asas pembikinan video dengan menggunakan video editor. Petugas memberi bimbingan kepada peserta dari mula sehingga video siap. Peserta mengikut setiap arahan yang diberikan oleh petugas.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 6 SEPTEMBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 0RANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Menambah pengetahuan para peserta dalam mengendalikan kewangan dan menjadi pengguna yang bijak.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (penipuan kewangan). Peserta dipandu cara mengurus kewangan serta membuat perancangan kewangan untuk masa depan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 4 SEPTEMBER 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TABIKA (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Website dan cara menggunakan Internet Google. Pelajar mempelajari cara membuka laman web youtube sekalgus dipandu cara menaip di ruangan serah video youtube. Pelajar menambah pengetahuan dalam pembelajaran dimana mencuba mengenal huruf jawi sambil bernyanyi. Melalui cara tersebut, dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam huruf tersebut.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Laman Web Youtube. Selain itu, peserta mempelajari cara membuka internet explorer dan melakukan pencarian youtube. Peserta mengikut arahan dan tunjuk ajar daripada petugas dan guru pengiring.

 

GAMBAR DI SINI