LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 22 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TABIKA (9 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta turut mempelajari cara penggunaan dashboard komuniti iaitu My Komuniti. Peserta mempelajari cara login dashboard komuniti serta mempelajari cara posting pengumuman dalam Dashboard My Komuniti. Peserta mempelajari cara submit pengumuman dalam Dashboard My Komuniti. Mempromosikan PI Gedong kepada para peserta yang mengikuti kelas.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan dashboard komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat posting dalam My Komuniti. Petugas membantu peserta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti dengan menggunakan white screen dimana peserta mengikut apa yang dipaparkan.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 21 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PBT. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Gedong supaya mereka lebih cepat faham.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mendengar penerangan daripada petugas tentang Modul My Soal dan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas turut dijalankan.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 15 & 16 OGOS 2019 |
MASA |
: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PI GEDONG & DEWAN MASYARAKAT GEDONG |
PESERTA |
: KOMUNITI KG GEDONG |
Tujuan
Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kampung Gedong serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti serta sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk Advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah anjuran PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Install Dashboard Mobile, Bengkel Penghasilan Video, Bengkel Asas ICT dan My Shop Click. Pelbagai pertandingan ICT seperti Pertandingan membuat video menarik di Gedong, Pertandingan Menaip Pantas, Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Jigsaw Puzzle Online, Pertandingan membuat Kad Publisher, Pertandingan Menulis Artikel dan Pertandingan Membuat Jadual menggunakan Microsoft Excel. Ceramah Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Gedong, Taklimat Zakat daripada Pihak Baitulmal Sarawak dan Ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA oleh Klinik Kesihatan Gedong & KOSPEN. Pendaftaran ahli secara PERCUMA juga diadakan sempena Hari Bersama PI Kampung Gedong pada 15 & 16 Ogos 2019.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 20 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TABIKA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan ICT terutamanya dalam mewarna online. Kelas ini diadakan bagi tujuan menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PI Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan. Mempromosikan PI Gedong serta meningkatkan keahlian yang sedia ada di PI Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online. Selain dapat meningkatkan pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat peserta mengikuti aktiviti yang diadakan di PI Gedong. Peserta juga diperkenalkan dengan laman web coloring yang sesuai mengikut umur para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 9 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & MENENGAH (20 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika menggunakan laman web sosial (Facebook). Menasihati peserta supaya tidak menyalahgunakan facebook bagi tujuan membuli rakan lain dengan memasuki akaun si mangsa dengan cara menyamar sebagai beliau.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Buli Cyber (Hendap Akaun Facebook). Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan peserta lebih berhati-hati berkongsi maklumat supaya tidak menjadi mangsa buli siber di internet terutamanya di laman FB. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.