Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PBT. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Gedong supaya mereka lebih cepat faham.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mendengar penerangan daripada petugas tentang Modul My Soal dan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 15 JULAI 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat origami mengikut panduan youtube. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan laman web youtube sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web iaitu Youtube kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat origami secara individu.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara upload produk ke dalam My Shop serta view produk setempat. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Shop dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PJK Gedong supaya mereka lebih cepat faham.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara pengiklanan produk secara atas talian bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan.

 

GAMBAR DI SINI


 

TARIKH

: 14 JULAI 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: WANITA (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari pemasaran dalam talian iaitu Shopee. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam pengunaan website PIXLR sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web Photo Editor iaitu PIXLR kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat promosi produk di Shopee.

 

GAMBAR DI SINI