LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 1 FEBRUARI 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat peserta pergi ke PIK Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Online Grooming. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan perkara yang berfaedah seperti tujuan pembelajaran. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.