Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Gedong boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balai raya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Kampung Gedong.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar berdekatan seperti Simunjan dan Serian.

 

IMG 20180918 094931