SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL - NADI KG GEDONG

082e60b2-06e7-4877-bd92-452f56d9a666

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

  • Pengenalan asas komputer.
  • Asas Internet. 
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Dekstop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan Keusahawanan.

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

 

AHLI LAMA

1431

AHLI BARU BULAN FEBRUARI 2024

17

KESELURUHAN PADA MAC 2024

1448

 

 KENALI PETUGAS NADI KG GEDONG :

 

Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kg Gedong. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 

 

PENGURUS

 

noorazriezda passport.s photo 1

 

Nama : Cik Azriezda Binti Suliman

Mula berkhidmat : 18 September 2018

 

 

 

PENOLONG PENGURUS

 

 SUE

 

Nama : Nursyuhada Binti Alham Musthapa

Mula berkhidmat : 1 September 2014