LAPORAN JANUARI

TARIKH

: 17 JANUARI 2023

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA@DEWASA

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan belajar cara menggunakan akaun Shopee tersebut.

 

Aktiviti

Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Peserta dipandu cara menggunakan Shopee mengikut video yang ditunjukkan oleh petugas dan peserta diminta membuka akaun shopee secara individu. Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JANUARI

 

TARIKH

: 27 JANUARI 2023

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mewarna secara online menggunakan software yang sedia ada. Para peserta mempelajari taktik membuat pemilihan warna yang sesuai berdasarkan objek yang diberikan. Peserta mewarna menggunakan brush sedia ada. Aktiviti sampingan mencantum kepingan gambar iaitu permainan Jigsaw Puzzle Online

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara mewarna online menggunakan link coloringpages4u.com. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti mewarna secara individu. Peserta menyiapkan permainan puzzle mengikut masa ditetapkan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN JANUARI

 

TARIKH

: 13 JANUARI 2023

MASA

: 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan para peserta. Peserta bermain jigsaw puzzle mengikut masa yang ditetapkan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JANUARI

TARIKH

: 20 JANUARI 2023

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kad dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam canva. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kad hari ibu. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PEDi Gedong.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kad. Petugas turut sama membuat kad dan diikuti peserta. Petugas mengajar peserta membuat kad menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta. Kelas ini sekaligus mencungkil bakat dan daya kreativiti peserta dalam menghasilkan kad menarik.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 12 JANUARI 2023

MASA

: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.

 

GAMBAR DI SINI