KLINIK KESIHATAN KAMPUNG GEDONG

klinik

Klinik Kampung Gedong dibina pada tahun 1981 pada tapak klinik sekarang. Sebelum itu, Bangunan Pejabat Daerah kecil Gedong dijadikan tempat untuk penduduk menerima rawatan. Keluasan kawasan Klinik adalah sebanyak 2.1 Hektar persegi. Terdapat juga kemudahan kuarters dan berek untuk kakitangan Klinik. Klinik Kampung Gedong terletak 30km daripada Daerah Serian. Tarikh mula beroperasi Klinik Kesihatan Gedong adalah pada April 1982.

Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Perkhidmatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Program Wakil Kesihatan Kampung, Kawalan penyakit berjangkit serta notifikasi dan kawalan penyakit tidak berjangkit, Saringan Kesihatan Remaja, Saringan Kesihatan Lelaki Dewasa, Saringan Kesihatan Wanita Dewasa, Saringan Kesihatan Warga Emas, Melakukan Saringan Cardiovaskular.

Selain itu, perkhidmatan lain seperti Promosi Kesihatan, Kesihatan Mental, Mengendalikan kes-kes susulan, Mengendalikan program NCD1 Malaysia, Penjagaan Ibu mengandung, Kesihatan Kanak-Kanak, Kesihatan Wanita, Kesihatan Sekolah, Program pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas (CBR), Program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan (PPKZM), Promosi penyusuan susu ibu, Perawatan ibu selepas bersalin, Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak dan imunisasi, Program suntikan HPV, Saringan Thalsemia ibu mengandung, Saringan Congenital Hyperthyrodism, Kelahiran di Klinik, Perancang Keluarga, PAP Smear.

 

FB IMG 1561980040753

 Bangunan baharu Klinik Kesihatan Gedong siap sepenuhnya dalam pertengahan tahun 2019

 


 

HOSPITAL DAERAH SIMUNJAN

IMG 20190127 150355 354

Hospital Simunjan merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak berhampiran dengan Kampung Gedong. Koordinat latitude  ialah 138.258.000 dan longitude 11.075.081.000. Anggaran masa ke Hospital ini adalah selama 30 minit sahaja dari Kampung Gedong. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di hospital ini bagi kemudahan penduduk sekitarnya. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Perkhidmatan Ibu dan Anak dan sebagainya. Hospital Simunjan mempunyai 45 katil khusus untuk pesakit yang menerima rawatan di sini. 

Hospital Simunjan
Jalan Gunung Ngeli Simunjan, 94800 Simunjan Sarawak
 
No Telefon : 082 803982 No Fax : 082 803823
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


 

HOSPITAL DAERAH SERIAN

IMG 20190127 151118 397

Hospital Serian merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bandar Serian. Anggaran masa ke Hospital ini adalah selama 60 minit sahaja dari Kampung Gedong. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di hospital ini bagi kemudahan penduduk sekitarnya. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Perkhidmatan Ibu dan Anak dan sebagainya. Hospital Simunjan mempunyai 84 katil khusus untuk pesakit yang menerima rawatan di sini. 

 
Hospital Serian
Jalan Serian Bypass, 94700 Serian Sarawak
 
No Telefon : 082 874311 No Fax : 082 875182