PUAN ROHAYU BINTI AHMAD (SRI AYU ENTERPRISE)

 

Beliau merupakan penduduk tetap di Kampung Gedong dan hampir 6 tahun mengusahakan secara aktif perniagaan menjual Kek Lapis Sarawak dan biskut. Beliau menerima tempahan membuat Kek Premium, Kek Lapis, Kek Span Cheese & Aneka Biskut. Harga yang ditetapkan adalah mengikut jenis kek dan saiz kek yang ditempah. Kek Lapis yang dijual Puan Rohayu juga adalah Kek Lapis Basah dan sedap. Beliau turut menerima tempahan kek bagi pelanggan dari jauh seperti Semenanjung dan Brunei.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Puan Rohayu Binti Ahmad di talian : 0194993204

 

11855809 508231686019490 8821224715651163226 n

 

Klik Di Sini untuk rujukan FB Sri Ayu Enterprise


 

PUAN IRA NURHAIRUL RIZA BINTI BAKRI (EYRA'S BAKERY)

 

Beliau merupakan penduduk tetap di Kampung Gedong dan hampir 8 tahun mengusahakan secara aktif perniagaan menjual kek dan cupcake. Beliau menerima tempahan membuat Kek Hari Jadi, Kek Perkahwinan, Kek Pertunangan. Harga yang ditetapkan adalah mengikut deko kek dan saiz kek yang ditempah. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis kek untuk santapan juadah petang. Di samping itu, beliau turut menjual kek premium dan juga tempahan biskut sekiranya ada permintaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Puan Ira Hurhairul Riza Binti Bakri di talian : 0138197623

 

 

18814231 10211960004666981 4489537682510977726 n

 

 

Klik Di Sini untuk rujukan FB Eyra's Bakery & Cake HouseEyra Shazilimin (Akak Bakers)