Mohd Nazrin Bin Kamil merupakan seorang anak muda tempatan Kampung Gedong yang berkecimpung dalam bidang pertanian iaitu nanas. Beliau menjalankan pertanian nanas sejak empat tahun yang lalu. Produk beliau iaitu nanas mendapat sambutan yang amat memberansangkan di sekitar Gedong dan juga mendapat tempahan di luar kawasan Gedong.

106345640 3033851823318837 5711233715264100821 o

Untuk membuat sebarang tempahan buah nanas boleh hubungi beliau : 01116115083 


 

USAHAWAN PENTERNAKAN

Kampung Gedong mempunyai beberapa buah keusahawanan yang dimiliki oleh penduduk tempatan itu sendiri. Salah satunya ialah usahawan penternakan. Dalam bidang penternakan di Kampung Gedong, salah seorang usahawan yang terlibat ialah Encik Alham Maulana Bin Obeng. Beliau merupakan anak jati Kampung Gedong. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang penternakan dengan menubuhkan syarikat kecil yang didaftarkan atas nama Syarikat Maulana Gedong.

Syarikat Beliau telah mula beroperasi sejak tahun 2007 lagi sehingga kini 2018. Beliau menjadi pembekal lembu dan kambing bertaraf moden. Penduduk kampung dan orang-orang luar boleh membeli lembu dan kambing untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, majlis rasmi dan paling utama adalah majlis korban pada hari raya haji. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan proses-proses penghantaran.

Untuk membuat sebarang tempahan boleh hubungi beliau : 0148842888 atau email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

pak-su-ternak