YB

Parlimen

P200 Batang Sadong

Ahli Parlimen

YB Puan Rodiyah Binti Sapiee

Dewan Undangan Negeri

Sarawak

 

Sumber gambar: UKAS



 

cm

GEDONG : Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg (ADUN) N.26 Gedong. Premier Sarawak juga merupakan:

  • Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru
  • Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar
  • Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar

 

Sumber gambar: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 


 

 

RANTING PEMUDA N.26 GEDONG

Persatuan Belia Kampung Gedong bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain futsal, bola tampar, sepak takraw, bola baling, badminton, gasing dan sebagainya. Apabila ada program di Kampung Gedong para belia ini memainkan peranan yang penting untuk memeriahkan dan memastikan program yang dijalankan di sini berjalan dengan lancar.


 

RANTING WANITA N.26 GEDONG

Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Kampung Gedong. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah. Antaranya ialah Pertandingan Masakan, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Mengubah Bunga, dan Pertandingan Mendeko Kek. Selain itu, mereka mempelajari cara mebuat kek secara berkumpulan mengikut zon masing-masing. Pengajar dari Gedong sendiri yang akan memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Kebanyakan wanita di Kampung Gedong ini meminati bidang perniagaan.

Oleh yang demikian, dengan adanya PI, golongan wanita ini boleh bergiat aktif secara global dan intelektual untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT dan Keusahawanan. Golongan wanita di sini aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti luaran yang lain juga. Mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti melakukan majlis kenduri, aktiviti gotong-royang dan pelbagai aktiviti-aktiviti luaran lain. Banyak program juga yang telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Gedong. 


 

 

SENARAI AHLI PARLIMEN/ADUN KAWASAN KAMPUNG GEDONG 2023

Parlimen

P200 Batang Sadong

Ahli Parlimen

YB Puan Rodiyah Binti Sapiee

Dewan Undangan Negeri

Sarawak

ADUN

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg (ADUN) N.26 Gedong

Daerah/Jajahan

N.26 Gedong