Sumber: Encik Abuza Zaifarrudin Bin Haji Zaini Aerial footage by Abuza Zaifarrudin 

12987198 1703901336540337 633553680754205158 n

 

Kampung Gedong merupakan sebuah daerah kecil penduduknya yang berbilang bangsa seperti Melayu, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Terletak kira-kira 90 km dari Kuching dan 28 km daripada Serian. Dahulu, sungai merupakan jalan pengangkutan penduduk kampung tapi sekarang menggunakan jalan darat. Gedong juga terkenal dengan produk tempatan iaitu Beras Gedong hasil daripada pertanian secara komersial sejak dahulu lagi.

Menurut sejarah purba, sekitar 14 Masihi, Gedong merupakan jajahan takluk kerajaan Negeri Samarahan-Sadong. Ini kerana lokasi Gedong yang berada di tengah-tengah perjalanan Batang Sadong. Ia turut dinyatakan dalam manuskrip purba “Alamat Zaman Ketakhtaan Nagari Baruni”.

Kampung – Kampung yang terdapat di Gedong adalah: Kampung Kanchong Baru, Kampung Kanchong Jaya, Kampung Segera Jaya, Kampung Tengah Hulu, Kampung Tengah Lama, Kampung Tengah Hilir, Kampung Perintah Hilir/Masjid Gedong, Kampung Lalang Hilir/Kampung Lalang Tengah/Kampung Lalang Hulu, Kampung Lot Baru/RGC Gedong & Kampung Lalang/Mayong Gedong.