Laporan Oktober - Advokasi KDB (Buli Siber) dan Microsoft Office (Pengenalan Microsoft Word & Latihan Menaip)
Tarikh |
: 2 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak (Buli Siber) dan keselamatan melayari internet serta langkah-langkah mengatasi dan mengelak Buli Siber. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet, dan memperkenalkan peserta kepada Microsoft Word disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta diperkenalkan dengan penggunaan Microsoft Word dan fungsi 'Tools' yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Word. Peserta juga didedahkan dengan kepentingan melayari internet dengan bijak melalui aktiviti KDB: Buli Siber.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan kegunaan Microsoft Word dan cara penggunaannya. Selain itu peserta juga diberikan latihan menaip sebagai salah satu aktiviti untuk meningkatkan lagi kemahiran menaip serta menguji pemahaman mereka terhadap penggunaan Microsoft Word. Latihan menaip diberikan kepada peserta untuk memahirkan peserta dengan 'Tools' yang telah dipelajari disamping dapat melatih para peserta menaip menggunakan papan kekunci. Peserta juga didedahkan dengan cara penggunaan internet yang selamat melalui KDB: Buli Siber dan turut didedahkan cara-cara untuk mengatasi Buli Siber.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MICROSOFT WORD & LATIHAN MENAIP