Laporan Oktober - Advokasi KDB (Internet dalam Kehidupan), Keusahawanan (Pengenalan Asas Keusahawanan) dan Dashboard Komuniti (Pengenalan Modul Dalam Dashboard)

Tarikh

: 11 Oktober 2018

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Dewan Masyarakat Kg Perintah Masjid

Peserta

: 12 orang

 

Tujuan 

 

Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Pengenalan kepada asas keusahawanan dan pengenalan kepada modul-modul Dashboard Komuniti. Para peserta diberi pendedahan tentang penggunaan internet sebagai platform untuk berjual beli serta kegunaan lain internet dalam kehidupan harian. Pengenalan kepada asas keusahawanan dan penggunaan dashboard komuniti dalam memasarkan produk tempatan. 

 

 

Aktiviti

 

Peserta diterangkan mengenai kegunaan internet sebagai sumber pengetahuan dan pendapatan serta kepentingan mempraktikkan KDB dalam melayari internet. Seterusnya peserta di perkenalkan dengan asas keusahawanan dan diperkenalkan kepada modul dashboard komuniti dimana mereka boleh berkomunikasi bersama komuniti dan menjadi salah satu medium niaga. Sesi soal jawab bersama petugas Pusat Internet juga dilakukan disamping memaklumkan aktiviti pusat internet pada masa akan datang.

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & DASHBOARD KOMUNITI