LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 21 NOVEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang STEM serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang laman web youtube dan membuka video tentang STEM. Peserta mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Peserta menonton tayangan video STEM di Youtube dan memahami konsep dan maklumat tentang STEM.