LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 19 APRIL 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membantu anda menyimpan wang buat hari tua. KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. Peserta dapat membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama, penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama, pembiayaan pendidikan diri pencarum dan anak-anak, menampung kos-kos perubatan diri pencarum dan anak-anak dan banyak lagi.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang KWSP dan peserta boleh mendaftar akaun KWSP di kaunter yang dibuka, dan peserta boleh mengemaskini maklumat secara online menggunakan android. Peserta boleh menyemak baki simpanan semasa KWSP dengan pegawai yang bertugas. Selain itu, NADI Gedong turut memberi penerangan kepada peserta tentang KWSP dan program ini dapat menarik minat para peserta berkunjung ke NADI Gedong dan mengikuti program lain yang akan dibuat pada masa akan datang.