LAPORAN APRIL
TARIKH |
: 26 APRIL 2024 |
MASA |
: 8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan para peserta terutamanya dalam mengatur bajet kewangan untuk perniagaan. Fasilitator BSN memberi penerangan tentang kewangan dan cara membuat perbelanjaan yang lebih efisien dan sistematik. Peserta mengikut arahan yang diberikan. Latihan secara berkumpulan diberikan bagi menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran tentang kewangan. Peserta dapat meningkatkan kefahaman dalam mengatur modal perniagaan dengan cara membuat carta dan draf perbelanjaan harian untung rugi perniagaan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kewangan dan cara pengurusan kewangan. Slaid pembentangan dan modul perniagaan turut disediakan bagi rujukan para peserta program. Sesi soal jawab turut diadakan dan pelbagai aktiviti menarik dibuat untuk memudahkan peserta lebih mudah faham tentang kewangan. Peserta dapat membezakan apa itu akaun pasif dan aktif. Peserta juga dapat mempelajari cara mengasingkan untung, simpanan dang perbelanjaan luar jangka yang lain. Selain itu, peserta boleh membuka akaun BSN pada hari tersebut.