Laporan November - Advokasi KDB (Cyber Security) & E-Pembelajaran (Jigsaw Puzzle Online)
Tarikh |
: 1 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dan pengetahuan dalam menggunakan internet. Melatih peserta lebih efektif dan bijak menggunakan sistem keselamatan yang tersedia dalam internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memperkenalkan permainan online yang menguji tahap pemikiran dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Para peserta mencuba dengan kuantiti yang sedikit, setelah itu mencuba dalam kuantiti yang banyak puzzle itu disiapkan. Ia sekaligus menambah kemahiran peserta yang sedia ada.
Aktiviti
Peserta di perkenalkan dengan Cyber Security. Para peserta diberi penerangan mengenai cara penggunaan internet yang betul dan tips keselamatan penggunaan internet. Sesi soal jawab di antara peserta dan Petugas juga turut diadakan. Video KDB turut ditayangkan. Aktiviti Sampingan peserta selepas KDB adalah Jigsaw Puzzle Online iaitu game interaktif yang menguji kemahiran berfikir peserta menyelesaikan puzzle sehingga siap.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & E-PEMBELAJARAN