LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 16 & 17 OGOS 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 9 ORANG |
Tujuan
Kursus ini dibuat bagi memastikan pengusaha-pengusaha makanan memahami aspek –aspek penting dalam kebersihan dan keselamatan makanan. Menjamin produk yang dihasilkan dan dijual adalah selamat dan bersih dan suci serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Meningkatkan taraf kebersihan dan keselamatan hidangan makanan yang disediakan di negara ini dengan mempraktikkan kod amalan yang betul di sepanjang rantaian penyediaan makanan.
Aktiviti
Peserta memberi penerangan kepada peserta cara membuka Zoom. Kursus dijalankan secara atas talian dengan kerjasama NZ Bunga Venture. Mendidik pengendali supaya mengamalkan nilai-nilai kebersihan di dalam proses penyediaan makanan supaya dapat mengurangkan risiko pencemaran makanan. Meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pengendali makanan berkaitan faktor yang menyumbang kepada pencemaran makanan serta tindakan pembetulan yang perlu diambil.