LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 1-5 SEPTEMBER 2024 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 5 ORANG |
Tujuan
Membantu peserta memahami asas reka bentuk poster, bunting, label hamper, dan sijil. Mengasah kemahiran menggunakan platform seperti Canva untuk menghasilkan bahan grafik berkualiti tinggi. Memberi ruang kepada peserta untuk mencipta reka bentuk yang kreatif dan inovatif. Memastikan peserta mahir menggunakan Canva serta alat lain seperti MS Word untuk kertas kerja dan penyuntingan imej. Membimbing peserta mencipta poster dan bunting untuk tujuan promosi, pemasaran atau acara. Mencipta sijil penghargaan dan kertas kerja rasmi yang menarik untuk kegunaan profesional.
Aktiviti
Pengenalan asas Canva, alatan yang tersedia, dan cara menggunakannya untuk reka bentuk poster, bunting, dan sijil. Mengajar cara mencipta poster promosi atau bunting menggunakan Canva. Penggunaan templat sedia ada dan pengubahsuaian untuk menghasilkan reka bentuk tersendiri. Aktiviti reka bentuk label hamper yang menarik dan sesuai untuk pelbagai acara menggunakan Canva. Menyediakan dan mengedit kertas kerja rasmi menggunakan MS Word dengan penekanan pada format, struktur, dan reka bentuk yang kemas.